Seorang
teman di kawasan Parlimen di Bukit Katil, menghantar satu gambar yang
diambil kamera murah mengenai perkara yang akan dilakukan oleh jentera
PKR di dalam PRU yang akan datang. Kalau membaca secara keseluruhan
dokumen tersebut – kita boleh pastikan bahawa PRU yang akan datang
adalah yang paling kecoh dan kotor dalam sejarah Malaysia.
Kekecohan
yang dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam
muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA,
tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak
pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan
tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.
Kawasan nukleus panas PRU13:-
1) Gombak
2) Lembah Pantai
3) Permatang Pauh
4) Setiawangsa
5) Wangsa Maju
6) Bagan Serai
7) Bukit Katil
8) Muar
9) Pandan
10) Sabak Bernam
Kekecohan
akan bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk
mengupah beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan
rakyat. Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan
menetapkan beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan.
Pendekatan
media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk
memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi
muda. Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan
dijadikan aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang
dirancang untuk aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif.
Online
media build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang
ditaja oleh DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di
kerusi-kerusi ‘mixed seats’, insiden dan isu perkauman akan turut
digunapakai.
Kalau begini persediaanya, kena hati-hati.
sumber : tokguru86.blogspot.com
No comments:
Post a Comment