Pembubaran tidak berlaku semalam.
Ramai yang meramalkan begitu. Namun itu tidak penting, kerana yang pasti
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan tetap berlaku.
Mari kita lihat tajuk Cuit hari ini.
Apa maksudnya? Pada PRU-12 semua orang sedar para pengikut totok Paslah yang
bekerja keras untuk kemenangan pakatan mereka. Namun yang kaut besar ialah DAP.
Makna kata, para pengikut tegar Pas
- yang sanggup tidur di atas jalan; atau bertakbir atas nama Allah jika UMNO
dapat dipersendakan - tidak peduli jika DAP menang besar. Matlamat mereka ialah
asalkan mereka dapat memalukan UMNO (bukan BN), itu sudah memadai.
Namun pada PRU-13 ini, bagaimana
pula coraknya? Apakah para pengikut totok Pas dan para pemimpinnya akan
bertindak sekali lagi?
No comments:
Post a Comment