Sana sini heboh maklum tentang 'tabiat' rebut kerusi dalam
kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang pembubaran Parlimen semakin
dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala pilihanraya' PRU-13
dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut kerusi' mereka;
Parlimen Gelang Patah
Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan Pengerusi PKR
Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa calon kerusi ini
adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim Kit Siang yang
dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi kelihatan dalam
mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut. Difahamkan, Chua
Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya, apakah PKR di
Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah selepas PRU-13
ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!
Parlimen Bagan Serai
Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty diumumkan oleh
Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat
di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS Kawasan Bagan Serai
menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar menyatakan tidak menyokong
pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan
Serai turut memaklumkan kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru
antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi
PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot
jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR malahan tidak akan turun mengundi
calon PKR tersebut.
Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah kerusi 'tradisi'
PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12, calon PKR, Mohsin
Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi YB Bebas.
Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu mereka..?
Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim dikatakan bakal
bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan konflik pertelagahan
ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah. Apakah kepimpinan PAS
Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan di manakah nasib Dr Manuty
yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?
DUN Changkat Jering
YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan sebagai calon
untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Pengumuman ini
katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut
berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR. PKR Perak menyatakan
ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah 'melanggar syarat'
antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi boleh menang. Walau
bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons
'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan
Serai.
Untuk rekod, kerusi Changkat Jering sehingga 2004 milik
PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman Jailu dari PKR
menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.
DUN di Kedah
Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes sabotaj satu
ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok dalam PR akibat
ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang
mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu
meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi sehingga
merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan satu-satunya kes di
Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan
PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk menggunakan formula
sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti 'melukut di tepian
gantang'.....
Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada seronoknya.
Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik dihentikan, kita
pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat kerusi. Dalam
realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang. Pemainnya disingkir,
penyokongnya bakal menyingkir...
Sepakat membuka mata, mencelik minda..
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan sangat lemah!
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan
tamak kuasa!
Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak diamalkan
Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan bukan secara
semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN untuk transformasi
politik yang berkesan.
Demi agama, bangsa & negara
BN Pilihan Rakyat 1Malaysia
No comments:
Post a Comment