Followers

Tuesday 9 April 2013

17 Janji Terbaik Dalam Manifesto BN #ManifestoBN #PRU13 #GE13


Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam.  Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.   

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.  

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai.  Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.   

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan.  Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu.  

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan.   Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan.   Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.   

Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong.  Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’ sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu.   Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji.  

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan.  Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.   

Antara janji-janji BN ialah: 

1.      Menangani Kos Sara Hidup

2.      Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3.      Menyediakan Rumah Mampu Milik

4.      Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5.      Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6.      Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7.      Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8.      Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9.      Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.  Memperkasa Penyertaan Wanita

11.  Memenuhi Aspirasi Belia

12.  Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.  Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14.  Memerangi Gejala Rasuah

15.  Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.  Gerakan Kesederhanaan Global

17.  Memulihara Sumber Semula Jadi


Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M.  Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan.  

Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi. 

Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri.  

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali ini.  

Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara, keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada sesuatu yang pasti.  Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana Menteri.   

Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan pasti.  Kita pasti dengan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai sebuah Akujanji.  

No comments:

Post a Comment