Followers

Wednesday 17 April 2013

SAYA YAKIN RAKYAT SELANGOR LEBIH TERBELA JIKA BN MENANG DI SELANGOR #SayangiSelangor #PRU13 #GE13


"Keamanan Kestabilan, Kemakmuran" menumpukan kepada enam agenda utama, iaitu:

1) Masa depan lebih cerah.
2) Masyarakat lebih prihatin, lebih penyayang.
3) Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera.
4) Perumahan lebih mampu milik.
5) Selangor lebih inovatif, lebih daya saing.
6) Selangor lebih progresif.
    lebih mesra, alam lebih bersih.


Masa depan lebih cerah

Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak

Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita.

Naik taraf Taska KEMAS kepada PERMATA

Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama

Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yangdinaikkan kerajaan pakatan pembangkang

Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPRyang berdaftar dengan e-Kasih

Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT
Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan separuh bandar

Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan

Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin

Kupon pengangkutan 'Sayangi Selangor' percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak

Masyarakat lebih prihatin lebih penyayang

Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru

Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar

Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun

Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL)
Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan

Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar

Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor

Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor

Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga...

apa lagi untuk rakyat Negeri Selangor?? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment