Perjuangan
PAS kini telah jauh tersasar dari arah tuju utama mereka. Segala usaha
dan tekad mereka kini hanyalah berkiblatkan tampuk pimpinan
Putrajaya. Sekilas lipatan sejarah memperlihatkan suatu ketika dahulu
mereka cukup taksub dalam mentarbiyah ahli dan juga memperjuangkan
negara Islam.
Atas
sebab itu juga penyokong-penyokong PAS tidak gentar menghadapi apa
sahaja rintangan. Malah suatu ketika
dahulu, apa sahaja yang dilakukan tidak langsung mengharap sebarang
ganjaran. Suruhlah mereka panjat pokok setinggi-tingginya untuk memasang
bendera PAS, mereka akan berebut-rebut untuk melakukannya.
Semua ini lahir dari kepimpinan Haji Hadi Awang yang cukup istiqamah memperjuangkan penubuhan negara Islam.
Kata-kata beliau dijadikan azimat buat penyokong-penyokong PAS berjuang di mana-mana sahaja tanpa rasa gentar.
“Kita rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak oleh rakyat kerana melaksanakan suruhan ALLAH.
Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha ALLAH!”
Di
manakah bermula detik-detik signifikan yang telah mengubah hala-tuju
perjuangan PAS mutakhir ini? Kenapakah
dari sebuah kelompok yang konsisten memperjuangkan negara Islam boleh
bertukar sekelip mata? Tokoh yang sama juga terlibat dalam mengemudi
arah tuju baru PAS. Beliau pernah berkata pada Januari 2003:
“Justeru
kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariat menjadi
punca perpecahan Barisan Alternatif
terdahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar)
untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan HUDUD di
peringkat persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi
sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini.”
Perubahan
radikal yang dibawa oleh TGHA ini jelasnya adalah untuk memenuhi
keperluan kesepakatan antara DAP
dan juga PKR. Lazimnya DAP tidak sesekali akan berganjak dengan prinsip
mereka yang menentang sekerasnya penubuhan negara Islam dan juga
undang-undang hudud. Formula ini telah memberi pulangan kepada Pakatan
Rakyat dalam PRU12.
Persoalannya sekarang, adakah wujud lagi keperluan bagi orang Melayu Islam menyokong PAS?
Ini
adalah kerana PAS tidak lagi berbeza dengan UMNO. Segala aspek yang
kini diperjuangkan oleh PAS seperti
Negara Berkebajikan telah lama diimplimentasi oleh Barisan Nasional.
Malahan sekarang golongan ulama sudah semakin disisihkan oleh pimpinan
utama PAS. Nama-nama besar seperti Ustaz Nasharuddin dan juga Hasan Ali
disisihkan dan diganti dengan pemimpin yang lebih
liberal pandangan mereka terhadap Islam.
Masih relevankah perjuangan PAS kini?
Pendekatan
liberal ini jelas terpancar apabila isu penggunaan kalimah suci ALLAH
di dalam Kitab Injil berbahasa
Melayu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat. Hanya setelah menerima tamparan
hebat oleh bukan sahaja golongan ulama dalam PAS malahan majoriti
rakyat Islam, barulah PAS membatalkan sokongan mereka terhadap isu ini.
Namun ini tidak memadamkan kesangsian Melayu Islam
di Malaysia tentang keikhlasan PAS memperjuangkan Islam.
Kesangsian
tersebut semakin menebal apabila TGHA dilaporkan berkata pada
3.11.2012: “Kita mengikut kesesuaian
termasuk melalui jangkaan penerimaan pengundi untuk menjamin kemenangan.
Sebab itu kita tidak boleh dan tidak meletakkan calon bertanding begitu
sahaja, kita mahu calon itu menang.”
Maka
lengkaplah transformasi PAS dari sebuah parti yang berlandaskan Islam
dalam segala aspek kepada sebuah
parti demokratik liberal yang akan mengambil kira keperluan dan
kesesuaian masa kini sehingga mengenepikan niat penubuhan negara Islam
dan Hudud.
Dengan kata lain, PAS bukanlah Parti Islam Se-Malaysia yang selama ini tegas memperjuangkan agenda-agenda
Islam.
|
Followers
Thursday, 25 April 2013
Masih Relevenkah Perjuangan PAS??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment