Followers

Thursday 25 April 2013

DULU BUKAN MAIN TOLAK PUTRAJAYA, TAPI SEKARANG DOK SIBUK APA??



Calon BN bagi Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa calon Pas bagi parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa hanya pandai mengambil kesempatan ke atas Putrajaya setelah wilayah itu dibangunkan oleh kerajaan dengan tuduhan menghabiskan duit rakyat.

Menurut Shabery, Husam merupakan ahli parlimen yang paling kuat membantah sewaktu Putrajaya dibangunkan oleh kerajaan suatu ketika dahulu.

"Dulu dia pernah menjadi ahli parlimen dan bila akta perbadanan Putrajaya itu dibentangkan di Parlimen sebelum 1997 ... Pada waktu itu, dia orang paling kuat membangkang, dengan menuduh kerajaan menghabiskan wang rakyat
"Kini Putrajaya menjadi pusat pembangunan, dia pula yang mencalonkan dirinya ke Putrajaya. Dia layak dipanggil pemimpin yang hanya pandai mengambil kesempatan," READ MORE...

Itulah sikap HIPOKRIT pemimpin Pakatan Pembangkang, Gomo masih ingat sewaktu Putrajaya hendak dibangunkan oleh Tun Dr Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia waktu itu. Puak puak Pembangkang begitu lantang membidas kerajaan Barisan Nasional kononya pembinaan Putrajaya adalah satu pembaziran wang rakyat dan rakyat tidak perlukan Putrajaya kerana di Kuala Lumpur sudah banyak pejabat pejabat Kerajaan.

Inilah sikap dan mentaliti Pakatan Pembangkang yang tidak berpandangan jauh melihat setiap sudut berbanding pemimpin Barisan Nasional.

Hussam Musa PAS mahu menang Putrajaya satu tempat yang mana beliau LUDAH pada waktu lalu dengan memperlekehkan pembangunan Putrajaya itu sendiri. Apakah rakyat dan pengundi Putrajaya mahukan Hussam Musa yang kita tahu sudah banyak KEGAGALAN dicapai beliau di Kelantan? Apakah rakyat mahu dijadikan boneka Hussam Musa yang satu tika lalu pernah melemparkan Taik kepada Putrajaya?

No comments:

Post a Comment